Posts

Pengalaman ke klinik kesihatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Smoga kome berada dlm keadaan sihat2 belaka. Hari ni aku nk citer pengalaman semalam, aku g klinik kesihatan sebab nk buat medical check up dulu sblm nk msuk KUIS &KUIM. Sebelum nk masuk mana2 ipta/ipts pun kna buat medical check up kan. Aku pegi klinik tu lepas abis kelas menjahit (slalunya petg, tapi cikgu suruh pegi pagi pulak haritu sbb cikgu ada hal) n makan ,solat smua tu. Aku pegi dgn kakak aku. kebetulan kakak aku bru abis degree, so mmg byk lah msa dia . Haha. Minta keje pun x dpt lg. Aku ngan kakak aku pegi naik motor. Abg aku yg hantar ( kebetulan abg aku bru habis diploma 😂) kami berdua sbb kmi x pandai bwa motor n xda lesen. Mula2 abg aku hntr aku dulu, bru kakak aku. Nasib baik x jauh sngt dgn rmh. Klau x, jenuh nk ulang-alik. Da smpai klinik tu, aku cari la kaunter pendaftaran kat mana. Wlaupun da bbrpa kali pergi, tapi x bbrpa ingat kwsn dia. Lpas aku pegi klinik tu smlm, trus ingt haha. Dah jumpa kaunter, aku ...

Salam perkenalan 😉

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Buat pengetahuan semua , saya masih baru lagi dalam penulisan di blog ini. Jika ada salah dan silap, harap di maafkan ye .hehe. Objektif saya mengaktifkan semula blog ini adalah untuk meluahkan perasaan, menghilangkan bosan dan juga berkongsi pengalaman sepanjang saya hidup. :) harap dapat memberi tunjuk ajar kepada saya yang hanya belasan tahun pada tahun ni. Dalam penulisan saya kali ini, saya hanya ingin memberi salam perkenalan buat semua blogger2 dan juga reader sekalian . Sekaligus memperkenalkan diri saya. Nama saya adalah Nafisah. Berumur 18 tahun pada tahun 2017. Menetap di Perak selama 5 tahun. Haii kome orang perak yang membaca blog ini .heheh. Sebelum ni keluarga saya sering berpindah-randah kerana tuntutan kerja ayah saya . Antara tempat yang pernah keluarga saya duduki ialah sabah, melaka dan johor. Tahun ni ayah saya pencen. Jadi ,dduk perak je la sampai pencen. Lahir di Melaka. Sekarang baru tamat spm(batch pertama mangsa pt3) haha...

I am sorry

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yang pertama sekali,saya ingin memohon maaf jika ada content sebelum ini yang saya copy dan post tanpa kebenaran pihak yang telah bersusah payah membuat content tersebut. Maklumlah, waktu saya copy and paste content tersebut ke blog sya, sya masih lg tidak matang. Pada waktu itu, saya hanya fikir ingin save ke blog untuk kegunaan pada masa hadapan sahaja. Tidak tahu pulak ramai yang visit blog saya . Lgpun,waktu tu saya tidak aktif sangat d blog ini. Hanya hangat2 tahi ayam sahaja. Hihi. Hal ini baru saya sedar baru-baru ni kerana ada seorang hamba Allah yang bernama Maisarah( kalau sya x silap) yang menegur di salah satu post yang saya telah delete. Terima kasih buat yang menegur. Sebagai manusia,kita mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Sekian. :)

My Lovely Cat Died :(

Image
 

Mengenai Risalah~ a.k.a my homework for PBS

Image
Saya kena cari maksud risalah and contohnya sertaaaa buat risalah sendiri mengenai PROMOSI BISKUT RAYA..Saya ingin berkongsi maklumat yang saya telah cari. Inilah dia~ -->RISALAH a. Risalah berfungsi sebagai promosi, penerangan, pengiklanan dan memberi maklumat b. Terdapat pelbagai bentuk risalah seperti sehelai kertas berlipat dia atau tiga, beberapa lipatan dan seperti buku c. Unsur reka letak sesebuah risalah mengutamakan ilistrasi, kaligrafi, tipografi, simbol dan logo d. Antara corak yang popular ialah Mondrian, Tingkap Gambar, Bingkai, Multipanel, dan Sarkis. Contoh2 flyers/risalah yang sya telah cari :         #nie la keje mangsa PT3/PBS..sekian.

PENCEMARAN UDARA

Image
DEFINISI Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan. Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. JENIS BAHAN PENCEMAR Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan plumbum dan logam-logam lain. JENIS PENCEMARAN UDARA Pencemaran udara primer Satu penghas...