Salam perkenalan 😉
Assalamualaikum dan salam sejahtera . Buat pengetahuan semua , saya masih baru lagi dalam penulisan di blog ini. Jika ada salah dan silap, harap di maafkan ye .hehe. Objektif saya mengaktifkan semula blog ini adalah untuk meluahkan perasaan, menghilangkan bosan dan juga berkongsi pengalaman sepanjang saya hidup. :) harap dapat memberi tunjuk ajar kepada saya yang hanya belasan tahun pada tahun ni.
Dalam penulisan saya kali ini, saya hanya ingin memberi salam perkenalan buat semua blogger2 dan juga reader sekalian . Sekaligus memperkenalkan diri saya. Nama saya adalah Nafisah. Berumur 18 tahun pada tahun 2017. Menetap di Perak selama 5 tahun. Haii kome orang perak yang membaca blog ini .heheh. Sebelum ni keluarga saya sering berpindah-randah kerana tuntutan kerja ayah saya . Antara tempat yang pernah keluarga saya duduki ialah sabah, melaka dan johor. Tahun ni ayah saya pencen. Jadi ,dduk perak je la sampai pencen. Lahir di Melaka. Sekarang baru tamat spm(batch pertama mangsa pt3) haha. Pada masa yang sama, tgh berjinak-jinak berbisnes .Bru dapat 2 pelanggan je untuk kuih semprit. Tu pun ambik untung sikit je sbb xnk harga tu mahal sangat. Tapi alhamdulillah dapat duit halal. Ingatkan nak kerja masa menunggu keputusan spm,tapi xda kenderaan nak kerja. Huuhuu.
Setakat tu je la intro tentang saya .Nanti panjang2 pulak rasa macam ss a.k.a syok sendiri. 😂
Sebenarnya ada kelebihan dan kelemahan dalam hidup berpindah-randah. Nnt saya akan kongsikan pada entri yang akan datang. Banyak yang saya ingin kongsikan kepada pembaca semua. Excited nak share. Hehe.
Antara pengalaman yg ingin saya kongsikan ialah percubaan berbisnes, dugaan menuntut ilmu, mengenai kawan, minat, motivasi dan pengalaman makan angin. Semuanya buat dijadikan pengajaran untuk saya dan semua pembaca agar pisang tidak berbuah dua kali.
Rasa mcm da banyak je tulis. Haha. Sekian,itu sahaja daripada saya, insan yang pemalu di dunia sebenar .
-nafisah-
Comments
Post a Comment